Sunday, July 25, 2010

Minggu PROMO`10


Minggu Promosi Persatuan UM ataupun PROMO`10 merupakan satu program yang dianjurkan oleh bahagian HEP & Alumni khusus bagi memperkenalkan dan mempromosikan badan-badan persatuan kepada seluruh warga Universiti Malaya.

Marilah sertai kami, Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya (SERUM) untuk anda merasai sendiri pengalaman sebagai mahasiswa aspirasi negara.

Pelbagai program menarik telah dirangka antaranya Cabaran Pendakian Rakan
Muda, Kayakking, Sayembara puisi, Walk for green, Motivation Camp, Konvensyen Sukarelawan Siswa, Bengkel Pengurusan Organisasi dan banyak lagi disamping program-program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan seperti Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2010.

Jadi, tunggu apalagi? Ayuh sertai kami dan jadilah sebahagian daripada komuniti Rakan Muda Malaysia.

Kunjungi booth no.5, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya :)

Yakin Boleh Gemilang !!

0 comments:

Post a Comment