Tuesday, May 15, 2012

EXPLORASI Menawan Gunung Liang

ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM 1 MALAYSIA

Akhirnya, setelah beberapa bulan, pihak SERUM kembali dengan aktiviti terbaru.
PADA 10,11 dan 12 MEI 2012 ,kami SERUM telah mengadakan program rakanmuda cinta alam dan rakan muda kecergasan iaitu program mendaki GUNUNG LIANG.


Berikut merupakan tentatif pada hari tersebut:
KHAMIS

8.00 pm - berkumpul di bustop main libry. 
8.30 pm -mula bergerak ke tanjung malim. 
10.30 pm - dijangka sampai ke tanjung malim. 
                 - turunkan barang dari bas. 
11.00 pm - bergerak masuk menaiki trak ke kg sg Dara.  

JUMAAT
2.00 am - dijangka sampai di kg sg Dara 
               - turunkan barang di starting point dan berehat. 
6.00 am - bangun dan solat subuh. 
7.00 am - sarapan pagi. 
8.00 am - bertolak ke lubuk hantu. 
10.30 am - dijangka sampai di Lubuk Hantu. 
                - makan tengahhari 
                 - mandi manda. 
1.00 pm - bertolak ke kem 7eleven. 
6.00 pm - dijangka sampai di kem 7eleven 
              - makan malam. 
7.30 pm - solat maghrib berjemaah 
              - tazkirah 
8.45 pm - solat isyak 
              - berehat. 

SABTU
4.00 am - bangun pagi 
              - sarapan pagi 
4.30 am - bertolak ke puncak gunung liang. 
6.00 am - solat subuh di perjalanan pendakian. 
7.40 am - dijangka sampai di gunung Liang Timur. 
8.10 am - bertolak ke gunung Liang Barat. 
8.30 am - dijangka sampai di Puncak Gunung liang Barat. 
9.00 am - Bertolak turun ke kem 7eleven. 
11.00 am - sampai di Kem 7eleven. 
               - kemas barang dan peralatan. 
12.00 t/hari - bergerak turun ke Lubuk Hantu 
3.00 pm - Sampai di Lubuk Hantu 
              - makan tengah hari. 
              - Mandi manda 
4.30 pm - bertolak ke Dam Sg Dara. 
6.30 pm - sampai di Dam Sg Dara. 
              - Solat asar 
              - makan malam. 
7.30 pm - solat maghrib. 
8.00 pm - berangkat pulang ke Universiti Malaya. 

*tentatif akan berubah mengikut keadaan cuaca.
KHAMIS 10 MEI 2012
       Peserta berkumpul di perhentian bas di belakang perpustakaan Universiti Malaya. Seramai 39 orang peserta menyertai explorasi ini. 20 peserta lelaki dan 19 peserta wanita. TEPAT pada pukul 8.40 malam, bas mula bertolak dan sampai ke Tanjung Malim.
       Kemudian, peserta menaiki trak menuju Sungai Dara. Sampai di sana, peserta bersiap untuk mendirikan khemah dan menunaikan solat. Taklimat diberikan sebelum peserta dibenarkan untuk berehat. Tepat pukul 12.15 pagi, peserta dibenarkan berehat.


JUMAAT 11 MEI 2012
       Tepat pukul 6.00 pagi, peserta bersedia bangun untuk menunaikan solat. Pada pukul 8.00 pagi, sarapan pagi di sediakan. 8.30 pagi, peserta mula berkemas dan bertolak ke LUBUK HANTU. Rata-rata perjalanan mendaki bukit mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Lubuk Hantu. Terdapat empat muara sungai dilalui.
       Tiba di Lubuk Hantu, peserta dibernarkan berehat dan mandi manda, makan tengah hari turut disediakan.
       Pada pukul 3.00 petang, peserta memulakan perjalanan menuju ke Kem 7eleven dimana ia terletak diantara kaki bukit dan gunung. Alhamdulillah, cuaca yang cerah dan redup membolehkan kesemua peserta sampai sebelum pukul 6.30 petang. Selepas mendirikan khemah di kem 7eleven, peserta dibenarkan berehat sehingga waktu makan malam.
      Makan malam dimasak dan dihidangkan oleh pihak guider tepat pukul 8.30 malam. Walaupun sedikit lewat, ramai peserta berpuas hati kerana makanan dihidangkan menyelerakan. Pada waktu sama, peserta mengambil initiatif untuk membuat ICE BREAKING. Pada pukul 10.30 malam, rata-rata peserta mula berehat di khemah masing-masing kerana udara yang sejuk dan nyaman.















SABTU 12 MEI 2012
       4.30 Pagi, peserta bersiap untuk bertolak ke puncak gunung Liang. Keadaan hutan yang basah dan gelap menyukarkan peserta. Namun, usaha dan kerjasama akhirnya membuah hasil apabila peserta sampai ke puncak gunung Liang pada pukul 8.00 pagi dan sempat menikmati matahari terbit. Sarapan pagi turut disediakan di puncak.
       Pada pukul 9.30 pagi, peserta kembali ke kem 7eleven. perjalanan tidak mengambil masa yang lama. Tiba di kem, peserta dibenarkan berehat sementara menunggu makanan tengahari disediakan.
       1.30 petang, peserta mula bertolak ke Lubuk Hantu selepas mengemas barang dan khemah. Peserta yang mengalami masalah kesihatan bertolak lebih awal. Bagaimanapun, hujan lebat dan tali air menyukarkan perjalanan untuk peserta yang mengalami masalah kesihatan.
       5.00 petang, kesemua peserta sudah berkumpul di Lubuk Hantu memulakan perjalanan untuk kembali ke Sungai Dara. Kumpulan terakhir sampai ke Sungai Dara pada 10.30 malam. Walaupun dalam keadaan gelap, ia tidak dapat mematahkan semangat peserta untuk sampai ke destinasi.
      11.00 malam, bas bertolak kembali ke Universiti Malaya dan sampai pada pukul 1.45  pagi.
























Kebanyakan peserta berpuas hati dengan pendakian kali ini. Walaupun terdapat sedikit masalah dari segi kelengkapan untuk makan seperti pinggan dan gelas, sikap proaktif peserta untuk berkongsi pinggan patut di puji.

PIHAK SERUM dan PESERTA EXPLORASI turut berterima kasih kepada guider kerana memberikan pengalaman terbaik untuk peserta kali ini.



1 comments:

Anonymous said...

Masa pegi ke Kg Sg Dara naik trak tu kena bayar x??..saya tanye sebab kolej saya pun nak gi g.liang nie..

Post a Comment