Tuesday, January 18, 2011

Kembara Lestari SRMUSM

Bertarikh 15 Januari 2011, pihak SERUM telah menerima lawatan dari Sekretariat Rakan Muda Universiti Sains Malaysia. 
Lawatan dimulakan dengan melawat ke Muzium Seni Asia bersama-sama pihak SERUM dan SRMUSM dan disambung pada sebelah malamnya dengan sesi berdiskusi di antara kedua belah pihak. Sememangnya, banyak idea dan buah fikiran yang berguna diperolehi hasil lawatan SRMUSM ke SERUM kali ini. Oleh itu, pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada SRMUSM kerana kesudian untuk mengadakan KEMBARA LESTARI ke Universiti Malaya. Kami juga ingin memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku semasa berlangsungnya program ini di tempat kami. Diharapkan kesabaran anda berhadapan kesulitan membuahkan hasil dengan pelbagai input dan maklumat yang diperolehi hasil dari siri jelajah kali ini. Pihak kami juga mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan siri jelajah anda. Tahniah! Untung-untung, kami pula akan menjengah anda ke sana! 
Gambar kenang - kenangan..


























Sekian, dengan senang hatinya pihak SERUM ingin menghadiahkan serangkap pantun kepada anda.

Tuan Puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bertemu lagi!

2 comments:

NabilahZ said...

Saya beli pantun tersebut, hehe..

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Thanks a lot for everything! Semoga hubungan terjalin kekal selamanya.
Prihatin Mahir Dinamik! -SRMUSM 2010/2011-

SERUM said...

Iya.. diharap begitulah hendaknya. Hehe.. trimas!

Post a Comment