Tuesday, November 15, 2011

RAKAMAN MEJA BULAT ASTRO AWANI BERSAMA RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYA

ASSALAMUALAIKUM WBT...
salam sejahtera
^_^


Rakan Muda Universiti Malaya telah dijemput khas oleh pihak ASTRO AWANI untuk bersama-sama berbincang di program MEJA BULAT, tajuk perbincangan yang dikemukakan adalah seperti berikut...

"Pembangunan ICT dalam Negara Kita"

sedikit informasi :

Program rakaman Meja Bulat ini merupakan satu program rakaman yang dianjur oleh Astro Awani dalam mempelbagaikan rancangan televisyen sedia ada.
Program yang bercorakkan isu-isu semasa dalam negeri ini berlangsung setengah hari bermula jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
Program rakaman kali ini mendedahkan dan memberi fokus:
“Pembangunan ICT dalam Negara Kita”

Setibanya pelajar di Astro Awani, pelajar diberi rehat selama 30 minit sebelum meneruskan agenda utama.
Pengambaran rakaman Meja Bulat bermula pada 11 pagi,
peserta di minta untuk menjadi penonton sehingga tamat pengambaran.
Peserta memberi maklum balas yang positif selepas program ini berjaya diadakan.
Bagi mereka, program ini wajar diteruskan dari semasa ke semasa
agar pelajar dapat menyerapkan pengetahuan lebih luas
dalam isu-isu berbangkit negara dan perubahan zaman.
Program ini juga dapat mengeratkan silaturahim
antara peserta dengan pihak Astro Awani
dan sesama peserta.
Kesimpulannya,
aktiviti seperti ini mampu menjadi pengantaraan ilmu
untuk diskusi-diskusi yang di bincangkan mengenai hala tuju negara.




0 comments:

Post a Comment