Monday, December 5, 2011

pertandingan reka cipta baju serum

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
^_^



PERTANDINGAN REKA CIPTA T-SHIRT SERUM

Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya (SERUM) berbesar hati untuk mengadakan satu pertandingan mereka cipta design baju SERUM. Pertandingan ini akan berlangsung pada 25 November hingga 15 Disember 2011. Semua peserta WAJIB menghantar penyertaan sebelum atau pada 9 Disember 2011. . Kemudian panel pemilih dari pihak SERUM akan memilih 10 gambar yang terbaik untuk dimuatnaik ke FB SERUM seterusnya undian akan dilakukan. Tempoh undian adalah bermula dari 10 Disember 2011 hingga 14 Disember 2011. Seterusnya, peserta akan di nilai berdasarkan jumlah undian ‘like’ pelajar di FB SERUM. Sebanyak 60% markah dinilai oleh pengundi dan 40% oleh pengadil. Pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2011. Keputusan akhir pertandingan juga muktamad.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1. Pelajar Universiti Malaya tidak kira tempatan atau antarabangsa.
2. Menggunakan idea sendiri dan tidak menciplak design pihak lain. Sekiranya berlaku insiden berkaitan hak cipta, SERUM sama sekali tidak akan bertanggungjawab dan perkara tersebut di bawah urusan peserta sendiri.
3. Rekaan t-shirt hendaklah sempoi, simple, menarik dan tidak terlalu padat
4. Resolusi grafik hendaklah tidak kurang daripada 1024x768 (berskala besar)
5. Rekaan t-shirt yang dihantar akan menjadi hak milik penuh pihak SERUM dan pihak SERUM berhak menggunakkan rekaan tersebut tanpa memberitahu peserta.
6. Tiada had untuk menghantar penyertaan tetapi hanya 1 design sahaja yang akan menang.
7. Peserta hendaklah meletakkan ‘sekreteriat rakan muda universiti malaya’ mengikut kreativiti sendiri .
8. Warna t-shirt ialah bebas.
9. Keputusan pengadil adalah muktamad.
10. Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

HADIAH:

TEMPAT PERTAMA
• Pakej lawatan selama 3 hari 2 malam ke Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia untuk 2 orang (termasuk pengangkutan, penginapan dan makanan)
• RM 150 beserta sijil penyertaan.
• T-shirt SERUM (selepas siap dicetak)

TEMPAT KEDUA
• Pakej lawatan selama 3 hari 2 malam ke Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia untuk 2 orang (termasuk pengangkutan, penginapan dan makanan)
• RM 100 beserta sijil penyertaan

TEMPAT KETIGA
• Pakej lawatan selama 3 hari 2 malam ke Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia untuk 2 orang (termasuk pengangkutan, penginapan dan makanan)
• RM 50 beserta sijil penyertaan.

Ayuh tunggu apa lagi? Segera emelkan DESIGN anda beserta Nama, No. Matriks, Alamat Sesi, No. Telefon ke emel SERUM (umserum@gmail.com).




0 comments:

Post a Comment