Wednesday, February 8, 2012

JELAJAH IPT UUM & USM

ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM 1 MALAYSIA
O_O

ALHAMDULILLAH bertemu kembali setelah bercuti beberapa minggu ^_^

sepanjang tahun 2011,kami SERUM telah mengadakan beberapa aktiviti tahunan iaitu program JELAJAH IPT dan juga program sehari bersama ahli rakan muda, "FUNDAY"
hari ini saya akan berkongsi cerita ketika kami menjalankan program-program tersebut.

FASA 1 : JELAJAH IPT UM KE UUM,SINTOK KEDAH

Kami bergerak dari UM pada waktu 8.00 malam, bersamaan dengan 16 DISEMBER 2011, JUMAAT. Kami berkumpul seperti biasa,di perkarangan 'bustop' perpustakaan. Setelah ahli mencukupi,kami bergerak dengan dimulai pembacaan doa menaiki kenderaan.
ALHAMDULILLAH kami selamat sampai di UUM pada 5.00 pagi,dimana kami disambut dengan senyuman oleh ahli-ahli rakan muda UUM. Kami semua gembira apabila dapat berkenalan dengan mereka. Selepas pukul 8.00 pagi,kami bergerak menuju ke dewan budaya UUM. Kami sarapan bersama untuk mengeratkan lagi silaturahim antara rakan muda UM & UUM. Seterusnya,kami memulakan sesi perkenalan secara rasmi dan sesi perbincangan tentang isu-isu yang ingin dikemukakan.

FASA 2 : JELAJAH IPT UM KE USM,PULAU PINANG
Alhamdulillah kami dapat bergerak ke destinasi seterusnya dengan izinNYA. Kami semua sangat teruja untuk pergi ke USM sehinggakan kami semua melelapkan mata sepanjang perjalanan menuju ke USM. Kami tiba di destinasi pada pukul 5.00 petang dan kami semua disambut dengan senyuman ahli-ahli rakan muda USM. Seterusnya sesi perkenalan dimulakan dengan memperkenalkan ahli jawatankuasa sekretariat UM & USM. Kami juga berkongsi segala masalah dan juga segala penyelesaian bersama. Kami sangat gembira kerana dapat berkongsi pengetahuan bersama mereka.

*gambar akan dimuat turun kemudian*

0 comments:

Post a Comment