Thursday, May 13, 2010

RMWD IPT 2010

Pada 8 April 2010 hingga 11 April 2010, Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya (SERUM) bersama-sama dengan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL) telah menganjurkan program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2010 (RMWD IPT 2010). Program yang bercorakkan program keluarga angkat ini diadakan di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan selama 4 hari dan 3 malam. Seramai 65 orang peserta telah terlibat dalam program ini yang rata-ratanya merupakan pelajar tahun pertama dan tahun kedua di Universiti Malaya. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya serta JKKK Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Program ini telah dimulakan dengan sesi penyerahan keluarga angkat yang diadakan di dewan orang ramai kampung tersebut. Setiap keluarga menerima 2 orang peserta  bagi menjadi anak angkat kepada keluarga tersebut. Antara pengisian yang terdapat dalam program ini ialah suaikenal bersama masyarakat kampung, pertandingan sukan, ceramah agama, sesi motivasi pelajar, kenduri kampung dan malam kebudayaan. Penglibatan daripada para peserta mahupun masyarakat kampung dalam setiap aktiviti adalah sangat menggalakkan dimana semangat bantu membantu dan sikap tolong menolong dapat dilihat melalui program ini.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gemencheh, Datuk Mohd Kamil yang telah bersama-sama menjayakan sesi kenduri kampung. Selain itu, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya, Prof Madya Datuk Dr Azarae bin Haji Idris turut hadir bagi menjayakan majlis penutupan dan penyerahan anak angkat bagi program tersebut.


*ketibaan disambut dengan persembahan silat dan pertunjukan api


 *persembahan tarian borneo oleh para peserta

*pasukan bola sepak UM

 *banner program

 *bergambar kenangan bersama Adun Gemencheh, Dato' Muhd Kamil.

 *vip ketika majlis penutupan, ayahanda Datuk TNC HEP&Alumni

 *para peserta dan penduduk kampung bersama-sama mengacau dodol

*menimbang getah yang hampir beku

 *sesi senam cergas dan poco2

 *peserta wanita berentap dengan pasukan bola jaring kampung tersebut

*sesi memancing ikan di kolam tok penghulu

*bergambar beramai2

~kenangan terindah yang sukar dilupakan, jumpa lagi tahun hadapan~
~tahniah dan syabas kepada barisan urusetia dan para peserta yang telah memberikan komitmen 100%~
~adios~

Pengarah RMWD IPT 2010

1 comments:

zatykecik said...

wah..
hebat 2 cara menyambut ketibaan peserta..
klh ukm..hihi~

Post a Comment